MEMAHAMI DIAGNOSIS KANSER
PAYUDARA METASTATIK ANDA
Diagnosis kanser payudara metastatik tidak mudah untuk diterima. Anda perlu tahu yang anda tidak keseorangan. Kami di Thrive Malaysia (MY) juga akan menyokong anda dalam menempuhi cabaran ini. Di laman web kami, anda boleh dapatkan maklumat dan sumber untuk membantu memahami diagnosis anda dan rawatan yang tersedia, panduan untuk membuat pilihan, serta cara untuk meneliti kemajuan anda.
MEMAHAMI DIAGNOSIS KANSER PAYUDARA METASTATIK ANDA
Jika anda
di diagnosis atau baru
mendapat prognosis kanser
payudara metastatik, penting
untuk anda memahami apa yang
anda akan hadapi. Thrive
memberikan anda peluang
untuk mengumpulkan maklumat
tentang keadaan anda dan
membantu anda memahami cara
untuk dapatkan rawatan, cara
untuk hidup dengan penyakit
anda, dan cara untuk membuat
pilihan yang tertentu
sepanjang perjuangan anda.
Ketahui lebih lanjut
mengenai fakta-fakta penting
di halaman Thrive mengenai
kanser payu dara
metastatik.
Klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kanser payudara dan diagnosis
SOALAN UNTUK DOKTOR
Diagnosis
kanser payudara metastatik
tidak mudah untuk
diterima.Pastikan anda
mendapatkan sumber yang
tepat untuk membantu anda.
‘Soalan untuk doktor’ adalah
panduan perbincangan yang
membantu mewujudkan
perbualan yang terbuka dan
bermaklumat dengan ahli
onkologi anda. Ia merangkumi
soalan mengenai rawatan dan
cara menangani kesan
sampingan terhadap
pekerjaan, perhubungan, dan
sokongan emosi. Anda cuma
perlu muat turun fail PDF
dan cetakkannya untuk
digunakan semasa janji-temu
anda. Ia akan membantu anda
mendapatkan jawapan yang
anda perlukan.
Klik di sini untuk muat turun panduan perbincangan “Soalan untuk doktor”
SOKONGAN SELEPAS
RAWATAN
Pesakit kanser payudara metastatik memerlukan sokongan untuk menjalani kehidupan. Carilah sokongan selepas rawatan untuk membantu anda menjalani kehidupan harian dan membantu menghubungkan anda dengan program tempatan dan komuniti dalam talian yang boleh memberi galakan dan sokongan emosi. Semua orang, termasuk kami di Thrive, sedia untuk membantu anda menjadi lebih kuat dan ceria. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai sokongan yang tersedia selepas rawatan anda, anda boleh layari laman web sokongan kami, atau hubungi kami.
Klik untuk mengetahui sokongan selepas rawatan
MENDAPATKAN BANTUAN SOKONGAN KEWANGAN
Kos
penjagaan pesakit kanser
mungkin menjadi beban kepada
anda dan keluarga anda.
Pihak Pfizer memahami bahawa
menangani tangungan kewangan
harian adalah amat
membebankan. Dengan tujuan
mengubah landskap sokongan
rawatan kanser, Thrive
menawarkan pelbagai bantuan
kewangan dan sumber maklumat
untuk membantu dalam rawatan
anda.
Klik untuk mengetahui mengenai sokongan kewangan