TERMA KANSER PAYUDARA
METASTATIK
- A-B-C-E
- H-I-K
- M-N-P-R
- S-T-U
Anemia
Bilangan sel darah merah yang rendah boleh
menyebabkan keletihan, lemah badan atau sesak
nafas5.
Biopsi
Pengambilan sampel tisu untuk ujian menentukan sama
ada ia mengandungi sel kanser atau untuk menguji
penanda genetik3,5.
Bisfosfonat
Juga dikenali sebagai rawatan pengerasan tulang atau
penguat tulang. Ubat ini membantu melambatkan atau
mencegah kerosakan tulang. Ia juga mengurangkan
tahap kalsium5.
Cyclin-dependent kinase Inhibitor (CDK
inhibitor)
CDK 4/6 inhibitor adalah sejenis rawatan yang
berperanan membantutkan pertumbuhan dan pembahagian
sel terutama sel kanser dengan menyekat tindakan
protein yang dinamakan CDK 4 dan CDK
66,7.
Estrogen
Salah satu daripada dua hormon seks wanita (satu
lagi ialah progesteron). Estrogen bertindak dalam
badan melalui reseptor estrogen3,5.
Episod berulang
Apabila kanser kembali selepas tidak dapat dikesan
untuk suatu tempoh masa,ia mungkin berlaku beberapa
bulan atau beberapa tahun selepas rawatan awal.
Kanser boleh berulang di tempat ia mula muncul atau
di tempat lain dalam badan5.
HER2
Singkatan untuk reseptor faktor pertumbuhan
epidermis manusia 2 (human epidermal growth factor
receptor 2). HER2 ialah protein yang terlibat dalam
pertumbuhan normal sel. Sesetengah sel kanser
payudara mengandungi lebih banyak reseptor HER2
berbanding sel normal. Ini dipanggil HER2-positif
(HER2+). Jika kanser anda tidak mempunyai HER2, ia
dipanggil HER2-negatif (HER2-)5.
Imbasan CT
Singkatan untuk imbasan "tomografi berkomputer"
menggunakan siri sinar-X untuk menghasilkan gambaran
terperinci bahagian dalam badan. Anda mungkin akan
diberikan pewarna (sama ada untuk ditelan atau
sebagai suntikan) supaya imej tisu dan organ
kelihatan lebih jelas5.
Imbasan MRI
Singkatan untuk imbasan ‘pengimejan resonans
magnetik’ (magnetic resonance imaging). Menggunakan
radiasi dan magnet yang kuat untuk menghasilkan
gambar terperinci organ di dalam badan5.
Imbasan PET
Singkatan untuk imbasan ‘tomografi pancaran
positron’ (positron emission tomography). Sedikit
cecair radioaktif disuntik ke dalam salur darah dan
pengimbas akan mengambil gambar terperinci yang
boleh digunakan untuk mencari keabnormalan dalam
badan5.
Kanser payudara lanjutan
Kanser payudara lanjutan biasanya merujuk kepada
kanser payudara metastatik (juga dikenali sebagai
kanser payudara Tahap IV). Kanser payudara yang
merebak setempat di kawasan payudara, tetapi tidak
merebak ke organ dan tisu yang jauh, sering dirujuk
sebagai ‘kanser payudara lanjutan setempat’ (atau
kanser payudara Tahap III)1-4.
Kemoterapi
Rawatan yang memusnahkan sel-sel kanser dengan
menggunakan ubat sitotoksik
(antikanser)5.
Kiraan darah yang menyeluruh
Ujian darah untuk menentukan kuantiti setiap jenis
sel darah dalam sampel darah. Juga dikenali sebagai
kiraan sel darah5.
Kanser payudara peringkat awal
Kanser payudara yang belum merebak ke kawasan luar
payudara atau nodus limfa aksilari3,5.
Kanser payudara metastasis
Ini adalah kanser yang telah merebak daripada
payudara ke bahagian badan yang lain. Ia juga boleh
dirujuk sebagai kanser payudara sekunder, kanser
payudara tahap IV (atau Tahap 4) atau kanser
payudara lanjutan1,3,5.
Kanser payudara sekunder
Nama lain untuk kanser payudara
metastatik1,5.
Kanser payudara Tahap III
Kanser yang telah merebak ke sekitar kawasan luar
payudara dan nodus limfa, tetapi belum sampai ke
organ yang jauh. Juga dikenali sebagai kanser
payudara lanjutan setempat4,5.
Kanser payudara Tahap IV
Kanser payudara pada tahap yang paling lanjut –
apabila ia telah mengalami metastasis1,5.
Metastasis
Tumor yang berlaku apabila kanser merebak dari
tempat ia bermula dalam badan. Contohnya, apabila
kanser payudara merebak dari payudara ke tulang,
keadaan ini digelar metastasis dan tumor dalam
tulang dirujuk sebagai metastasis
tulang5.
Nodus limfa
Adalah sebahagian daripada sistem limfatik iaitu
komponen sistem imunisasi badan. Kelenjar ini
berfungsi untuk menyaring cairan limfatik untuk
menghentikan penyebaran bakteria. Nodus limfa boleh
menjadi besar atau radang mungkin menandakan kanser
merebak . Ia penting untuk membantu menilai tahap
kanser anda5.
Progesteron
Salah satu daripada dua hormon seks wanita (satu
lagi ialah estrogen). Progesteron bertindak dalam
badan melalui reseptor progesteron3,5.
Progresif penyakit
Apabila saiz tumor meningkat dan/atau kanser merebak
dalam badan, ini digelar sebagai progresif
penyakit5.
Reseptor hormon (Hormone Receptor,
HR)
Protein dalam sel anda yang mengikat pada hormon
tertentu (estrogen atau progesteron). Sebaik sahaja
hormon itu terikat pada reseptornya, pelbagai
perubahan akan berlaku di dalam sel. Jika kanser
anda merebak sebagai respons kepada hormon estrogen,
kanser anda juga boleh dipanggil reseptor estrogen
positif (ER-positif atau ER+). Sekiranya kanser anda
merebak sebagai respons kepada hormon progesteron,
ia boleh dipanggil reseptor progesteron positif
(PR-positif atau PR+)5.
Radioterapi
Penggunaan radiasi tenaga tinggi untuk membunuh sel
kanser dan mengecutkan tumor. Juga dikenali sebagai
terapi radiasi5.
Relaps
Apabila kanser kembali selepas keadaan bertambah
baik untuk suatu tempoh masa5.
Remisi
Apabila tumor mengecut, ia dirujuk sebagai remisi
separa. Jika tumor mengecut sehingga tidak dapat
dikesan oleh ujian dan imbasan, ia dirujuk sebagai
remisi lengkap5.
Sinar-X
Jenis radiasi yang digunakan untuk mengambil gambar
atau radioterapi. Mamogram menggunakan dos sinar-X
yang rendah5.
Terapi antihormon
Rawatan untuk menghentikan atau melambatkan
pertumbuhan tumor yang sensitif pada hormon.
Bertindak dengan menghalang keupayaan badan untuk
menghasilkan hormon atau mengganggu tindakan hormon,
juga dikenali sebagai terapi endokrin atau terapi
hormon5.
Terapi endokrin
Rawatan untuk menghentikan atau melambatkan
pertumbuhan tumor yang sensitif pada hormon.
Bertindak dengan menghalang keupayaan badan untuk
menghasilkan hormon atau dengan mengganggu tindakan
hormon. Juga dikenali sebagai terapi antihormon atau
terapi hormon5.
Tahap
Tahap kanser (I–IV atau 1–4) digunakan untuk
menggambarkan sejauh mana kanser telah merebak dalam
badan anda5.
Terapi sasaran
Rawatan yang menyasarkan ciri-ciri khusus sel kanser
bagi menghalang pertumbuhan dan pembahagian sel
kanser3,5.
Ubat antiemetik
Ubat untuk mengurangkan atau mencegah
loya5.
Ultrabunyi
Imbasan yang menggunakan gelombang bunyi frekuensi
tinggi untuk menghasilkan gambar bahagian dalam
badan5.
Rujukan
- National Breast Cancer Foundation Australia (2020). Stage 4- Metastatic Breast Cancer. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://nbcf.org.au/about-breast-cancer/diagnosis/stage-4-advanced-or-metastatic-breast-cancer/.
- Australian Government Cancer Australia (Ogos 2020) Metastatic Breast Cancer. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.canceraustralia.gov.au/affected-cancer/cancer-types/breast-cancer/types/metastatic-breast-cancer.
- Breast Cancer Network Australia. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.bcna.org.au/understanding-breast-cancer/glossary-of-breast-cancer-terms.
- Australian Government Cancer Australia (Aug 2020) Stages of Breast Cancer. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.canceraustralia.gov.au/affected-cancer/cancer-types/breast-cancer/diagnosis/stages-breast-cancer.
- National Cancer Institute (2020). NCI Dictionary of Cancer Terms. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.cancer.gov/publications/dictionaries/cancer-terms.
- Cadoo, KA., Gucap, A. &Traina, T A. (2014) Palbociclib: an evidence-based review of its potential in the treatment of breast cancer. Breast Cancer (Dove Med Press) 6:123-133. DOI: 10.2147/BCTT.S46725
- About IBRANCE. How IBRANCE works. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.ibrance.com/about-ibrance.